Pages

Sunday, November 9, 2014

Jawatan Kosong Kerajaan - 288 Kekosongan Tarikh tutup 16 November 2014

Jawatan Kosong Kerajaan - 288 Kekosongan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti berikut :

1. Pegawai Penguatkuasa

- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,911.00 ] atau

- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,114.43 ] atau

- Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; [ Gaji Permulaan : RM1,911.00 ]



2. Penolong Pegawai Penguatkuasa

- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ] atau

- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ] atau

- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ] atau

- Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]

Lain lain syarat :

- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;

- berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;

- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan; dan

- calon yang memiliki kelayakan STPM/STAM/DIPLOMA/IJAZAH di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup 16 November 2014

Pemohonan boleh dibuat terus secara online melalui porta SPA





visit http://facebook.com/keje0

sponsor :
http://safa.com.my
http://acutera.safa.com.my
http://asf.net.my

http://safa.com.my/

http://acutera.safa.com.my

http://asf.net.my

No comments:

Post a Comment