Pages

Tuesday, November 18, 2014

Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) – 23 November 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan sihat tubuh badan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) seperti berikut :

▶ Eksekutif Audit Dalaman (P5)


pmbk jawatan kosong
PMBK ditubuhkan pada tahun 1956, dan telah diperbadankan di bawah Enakmen 1950. Sebuah syarikat di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dalam sektor pertanian dan perladangan, bioteknologi, dinar dirham, sebagai pemaju hartanah, infrastruktur, sumber mineral, teknologi animasi dan kursus multimedia, serta menyediakan perlindungan takaful kepada warga emas.
Keterangan :
• Mengadakan kajian awal latarbelakang entiti dan mendapatkan prosedur syarikat yang akan di audit.
• Menyediakan program dan jadual audit untuk dibincang dan dipersetujui oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Menjalankan kerja audit di lapangan sebagaimana Jadual Perancangan Tahunan Audit.
• Mempastikan semua penemuan audit didokumenkan sebaiknya, dibincang dan dipersetujui oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Menyediakan laporan audit yang mengandungi cadangan pembetulan, pemantapan, penambahan nilai dan pengukuhan sebelum disemak oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Membuat tindakan susulan audit bagi menentukan tindakan telah diambil berdasarkan kepada maklumbalas pihak yang diaudit terhadap penemuan di dalam laporan audit.
• Menjalankan pengiraan stok dan penyesuaian stok syarikat yang diaudit.
• Merekod dan mengemaskini semua dokumen panduan dari Jabatan Audit Negara/Kod Etika yang dikeluarkan oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia untuk rujukan.
• Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat.
• Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong PMBK boleh membuat permohonan ke jobs@pmbk.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) PMBK untuk maklumat lanjut. Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bahru, Kelantan.
Telefon : 09-7474082
Laman Web: http://www.pmbk.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2014

 visit http://facebook.com/keje0

 

http://safa.com.my
http://asf.com.my
http://acutera.safa.com.my

 

No comments:

Post a Comment