Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) – 23 November 2014
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan sihat tubuh badan untuk mengisi kekosongan jawatan
di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) seperti berikut :
▶ Eksekutif Audit Dalaman (P5)

PMBK ditubuhkan pada tahun 1956, dan telah diperbadankan di bawah Enakmen 1950. Sebuah syarikat di bawah Kerajaan Negeri Kelantan
yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dalam sektor pertanian
dan perladangan, bioteknologi, dinar dirham, sebagai pemaju hartanah,
infrastruktur, sumber mineral, teknologi animasi dan kursus multimedia,
serta menyediakan perlindungan takaful kepada warga emas.
Keterangan :
• Mengadakan kajian awal latarbelakang entiti dan mendapatkan prosedur syarikat yang akan di audit.
• Menyediakan program dan jadual audit untuk dibincang dan dipersetujui oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Menjalankan kerja audit di lapangan sebagaimana Jadual Perancangan Tahunan Audit.
• Mempastikan semua penemuan audit didokumenkan sebaiknya, dibincang dan dipersetujui oleh Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Menyediakan laporan audit yang mengandungi cadangan pembetulan,
pemantapan, penambahan nilai dan pengukuhan sebelum disemak oleh
Pengurus Kanan Audit Dalaman.
• Membuat tindakan susulan audit bagi menentukan tindakan telah diambil
berdasarkan kepada maklumbalas pihak yang diaudit terhadap penemuan di
dalam laporan audit.
• Menjalankan pengiraan stok dan penyesuaian stok syarikat yang diaudit.
• Merekod dan mengemaskini semua dokumen panduan dari Jabatan Audit
Negara/Kod Etika yang dikeluarkan oleh Institut Juruaudit Dalaman
Malaysia untuk rujukan.
• Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat.
• Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong PMBK boleh membuat
permohonan ke jobs@pmbk.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Sumber
Manusia (UPSM) PMBK untuk maklumat lanjut.
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bahru, Kelantan.
Telefon : 09-7474082
Laman Web: http://www.pmbk.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2014
visit
http://facebook.com/keje0